BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 19, 2010

~Bukan niat untuk mendera,tapi untuk pengajaran yg berguna.Bukan niat untuk berdendam,tp untuk peringatan kepada mereka yg lalai~

~ Jgn jadikan diri tu sebagai tempat pelepas geram dan dendam,tapi anggaplah diri tu sebagai kesalahan diri sendiri dan kelalaian anda.bukan niat untuk menyimpan dendam.tp hati ini terpaksa melakukan juga.Hanya untuk memberi pengajaran kepada mereka yg alpa pada tanggungjawab diri.

hari ni, hari yg kurang baik untuk mereka.tp ketahuilah apa yg terjadi hari ni adalah untuk kita sama2 ingat pada tanggungjawab kita sebagai hamba belajar.~

~Selagi bergelar sebagai pelajar sekolah, maka jalanilah tanggungjawab anda sebagai pelajar dan amanah anda~

Bagi disini, tanggungjawab tetap taggungjawab, lawak bertempat, bergurau bertempat,jadi fahamilah apa yg telah dilakukan itu. Niat untuk mendidik anak bangsa, menyebar ilmu yg baik, InsyaALLAH bermohon supaya apa yg diniat ini tidak terpesong dan tidak menimbulkan perasaan dendam,riak dan menunjuk-nunjuk.

SALAM...

Tuesday, February 9, 2010

SMK BUKIT JANA






SMK Bukit Jana adalah tempat aku buat praktikal dan belajar apa2 yg berkaitan dengan kehidupan sebagai seorang guru. Disana banyak memberi aku pengalaman yang baru dan banyak mengajar aku sebagai insan yang bergelar sebagai GURU.


"Selamat pagi cikgu" , "Assalamualaikum cikgu" adalah kata-kata yg dulunya aku sapa kat cikgu2 ku dulu.tp sekarang zaman dah berubah dan perubahan tu adlah dlm diri aku.

kata-kata itu dah menjadi sapaan pelajar2 aku sekarang.Sapaan itu menunjukkan tanda hormat mereka pada guru mereka.

Jadi aku tidak akan mensia2kan mereka sebagai pelajar2 aku.

Bukan kerana sapaan itu, tapi sebagai tanggungjawab aku sebagai Penyebar ilmu yang berguna kepada mereka.

harap2 hati dan niat aku ni ikhlas dan tidak mempunyai niat2 buruk.Ya ALLAH Ya RABBI, Ya KARIM Hindari diri aku ni dari sifat2 munafik.aminn..