BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 11, 2009

adakah anda terfikir....

salam.kepada mereka yg membaca entri dlm blog aku,terbaca ke..sila ambil peringatan,pedoman dan panduan untuk kita menjadi insan yang MULIA dan khalifah yang terbaik di muka bumi ni..


terima kasih pada MAHAGURU58 yg tlh membenarkan aku copy die punya artikel ni.hehe..

untuk tujuan dan peringatan bersama2 aku sanggup berkongsi pada mereka yg ingin ambil iktibar..moga apa yg aku buat ini mendapat kebaikan.

aminnn..


Keadaan Manusia di Padang Mahsyar nanti.

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah semua makhluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memerintahkan Malaikat Israfil Alaihis Salam untuk meniupkan angin Sangkakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua makhluk yang sudah mati.

Malaikat Israfil pun akan meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: "
Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh!

Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!".

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri.

Mereka akan melihat langit, didapati langit berjalan-jalan.

Apabila mereka melihat bumi, akan didapati bahawa bumi sudah bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu.

Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya.

Di lihat laut; terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya.

Di lihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka.

Di lihat matahari telah hilang cahayanya.

Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat.

Lantas mereka akan berkata: "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran: "Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?

Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !" (Surah Yassin, Ayat: 52)

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya.

Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan.

Dalam masa bangkit itu, manusia akan berada di dalam keadaan bermacam-macam rupa.

1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera
kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

2. Ada yang berupa khinzir
kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

3. Ada yang buta mata
kerana keterlaluan didalam menghukum manusia.

4. Ada yang pekak dan bisu
kerana mereka hairan (taksub) dengan amalan yang mereka lakukan.

5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri.
Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan. ( Ulama cari makan!)

6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan
kerana suka menjadi saksi bohong.

7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah
orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).

8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang
sanggup menyimpan harta dari dibelanjakan ke jalan Allah.

9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk,orang ini
suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana
suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini
suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka
mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai didalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini
semasa di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang begini
suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini
suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia,tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum,keadaannya tercerai dari leher. Orang ini
selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu
semasa hidup teramat malas mengucap dua kalimah syahadah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka.Mereka itu
suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka.Mereka ini
suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang
derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah
orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

Bersegeralah memohon ampun kepada Allah SWT dan juga kepada orang2 yang kita aniayai, zalimi,khianati,hutangi, sakiti, hinakan, dan mendustai.

Janganlah kita remehkan meskipun dengan hal2 yang sekecil biji sawi sekalipun kerana ketika wang, harta, pangkat darjat, anak2 sudah tidak berguna lagi, ketika berada di hadapan Allah SWT kelak, ia akan menjadi hal yg besar (sehingga 7X lipatan) yang kita terpaksa mempertanggungjawabkannya.

Tiada sesiapa yang dapat menolong melainkan hanyalah amalan(pahala) baik yg kita bawa itu saja.

Perlulah kita ingat bahawa syorga seorang anak terletak di bawah telapak kaki ayah dan ibu manakala
syorga ayah dan ibu pula terletak di atas telapak kedua belah tangan anak2nya (tangan yang menadah memohonkan keampunan Allah untuk kedua ibu dan bapanya).

Sekiranya kita lalai, bersedialah mempertanggungjawapkannya bila kita berada di hadapan Yang Maha Berkuasa nanti.

Sumber.

0 comments: